Khamis, 28 Ogos 2008

panitiapqs

PROPOSAL KAJIAN TINDAKAN
TAHUN 2008


1.0 TAJUK KAJIAN:

MENINGKATKAN PEMAHAMAN YANG MANTAP DALAM BAHAGIAN ULUM AL-QURAN DENGAN STRATEGI PEMBENTANGAN,SUMBANG SARAN DAN SOAL JAWAB



2.0 NAMA PENGKAJI:

ZAHARAH BINTI ENDUT



3.0 NAMA DAN ALAMAT SEKOLAH:

SEKOLAH BERASRAMA PENUH INTEGRASI BATU RAKIT,
21020 KUALA TERENGGANU,
TERENGGANU.




4.0 REFLEKSI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN LALU


Semasa saya menyemak jawapan peperiksaan Akhir Tahun pelajar tingkatan 4 SA2, saya dapat menilai dan membuat kesimpulan bahawa tahap pencapaian gred 1A sangat rendah iaitu hanya 3 orang sahaja daripada 15 orang pelajar. Saya dapati pelajar kurang berhati-hati menjawab soalan bentuk pemahaman dan bentuk Kemahiran Berfikir Kreatif dan Kritis (KBKK). Mereka sering tertinggal fakta dalam jawapan.Kebolehan mengolah dan menyusun hanya pada tahap sederhana. Isi jawapan yang dikemukakan sering berulang-ulang. Mereka menggunakan isi yang sama diolah dalam pelbagai jawapan . Mereka mengulang-ulang perkara yang sama apabila menghuraikan sesuatu jawapan .
Kemahiran menjawab bahagian ulum al-Quran adalah sangat penting dan perlu dikuasai oleh setiap pelajar bagi membantu mereka mendapat gred 1A dalam mata pelajaran Pendidikan al-Quran dan as-Sunnah.

Tiada ulasan: