Khamis, 28 Ogos 2008

kajianpqs

5.0 FOKUS KAJIAN

Saya telah dapat mengesan pelbagai masalah yang dihadapi oleh pelajar saya dan telah membuat analisis dan kesimpulan terhadap masalah-masalah yang dihadapi oleh pelajar saya.
Hasil daripada kajian saya , saya mendapati pelajar saya menghadapi masalah dalam bahagian –bahagian tertentu , tetapi saya hanya akan tumpukan kajian kali ini terhadap kelemahan pelajar tingkatan 4SA2 dalam menjawab bahagian ulum al-Quran iaitu dalam memahami , mengingati dan mengaplikasikan ilmu yang dipelajari dengan soalan yang berbentuk KBKK dan fakta. Sekiranya masalah ini tidak diatasi dari awal, ini akan menjejaskan prestasi pelajar untuk mencapai gred 1A.
Pelajar saya memahami kehendak soalan tetapi tidak mengingati fakta . Mereka menjawab tanpa berdasarkan fakta yang dikehendaki. Bagi membantu pelajar menjawab soalan–soalan akan datang , Saya mengambil kaedah pembentangan, sumbangsaran dan soal jawab dalam pengajaran dan pembelajaran saya.
Semoga dengan cara membantu pelajar menguasai bahagian pengajian al-Quran dan as-Sunnah ini,saya yakin dapat membantu mereka mencapai kelulusan yang cemerlang iaitu gred 1A .



6.0 OBJEKTIF KAJIAN

Selepas kajian ini selesai dijalankan , pelajar-pelajar diharap akan mencapai objektif berikut:
6.1 Objektif umum
v Meningkatkan nilai GNP sekolah dengan peningkatan kelulusan gred 1A
v Meningkatkan peratus gred 1A dalam mata pelajaran Pendidikan Al-Quran dan As-Sunnah
6.2 Objektif umum
§ Meningkatkan kemahiran pelajar dalam menjawab kertas peperiksaan dalam pelbagai bentuk .

Tiada ulasan: